TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT


TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT


Sukatan Pengambilan Nasi Dalam Menu Diet


1) Hindari makanan berlemak dan kurangkan karbohidrat.
Makanan berlemak adalah musuh utama sewaktu proses diet berjalan..makanan seperti masakan berlemak dan bersantan, selain KFC dan PIZZA juga perlu stop ye..makanan karbohidrat seperti nasi perlu dikurangkan..memang makanan ruji rakyat malaysia terutama orang melayu susah nak tinggalkan nasi..tapi kalau dah biasa tak  jadi masalah..Untuk menu makan tengahari kalau nak makan nasi boleh tapi nasi lebih kurang 1/3 dari pinggan kecil ye..yang 2/3 adalah lauk dan lebihkan sayur.





2) Kurangkan gula dalam minuman anda.
Cuba untuk kurangkan minuman manis...terutama sekali minuman dalam tin yang memang kita sedia tahu bahawa manis dan sedapkan..hadkan jumlah kalori anda setiap hari..apa kata anda jadikan AIR MASAK sebagai teman setia..air masak mampu meningkatkan metabolisma badan kita. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.



3) Makan minima 3kali sehari
Jangan skip meal jika anda ingin diet..makan ikut jadual..sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam (sebaik-baiknya sebelum pukul 7malam). Nasihat saya kurangkan makan,tapi boleh makan kerap..jika kita makan kurang dari 3kali sehari akan menurunkan kadar metabolisma kita dan proses pembakaran lemak akan menjadi lambat, makanya jangan anggap kita makan 2 atau sekali sehari berat badan boleh turun dengan cepat ye..

4) Makan 3jam sebelum tidur.
Adalah menjadi kesalahan mengambil makan malam kurang dari 3jam sebelum tidur. Makanan yang anda makan kurang dari 3jam sebelum tidur tidak dapat diproses sewaktu tidur dan akan menyebabkan makanan bertukar menjadi lemak, ini adalah kerana metabolisma badan kita akan kurang bekerja sewaktu kita tidur. Cubalah amalkan lepas makan terus tidur tak payah lamalah dalam 2minggu je anda akan dapat hasil  yang tak indah di sekitar perut anda nanti..hehe..





5) Banyakkan makanan rebus dan sup.
Menu sup dan masakan rebus menjadi menu wajib bagi yang ingin kurus .Menu sihat ini boleh di ditukar setiap hari bagi mengelakkan rasa bosan. Antara menu yang boleh di pilih ilah sup sayur, meehoon sup, atau boleh juga pilih menu masakan yang di panggang. Yang penting kurang minyak dan lemak.



6) Bersenam atau Aerobic
Luangkan sedikit masa untuk bersenam setiap hari. Peruntukkan masa 1 jam untuk aktiviti ini. Tetapi bagi yang malas nak bersenam masih ada kaedah lain yang boleh dilakukan seperti menengemas rumah , dengan syarat kipas atau penghawa dingin perlu ditutup terlebih dahulu. Lakukan aktiviti mengemas hingga berpeluh. Bagi yang ada anak kecil di rumah pasti aktiviti ini sudah cukup untuk membuat anda berpeluh .

7) Tidur dan rehat yang cukup.
Tahukah anda kita wajib tidur 6-8jam sehari..masa tidur ni lah kita akan berehat dan jika anda nak turunkan berat badan jangan kurang tidur dari 7jam, dan jangan lebih dari 8 jam atau dengan kata lain , janganlah tidur terlalu lama sampai matahari dah meninggi.





8) Kawal nafsu makan.
Ini adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan semasa permulaan diet, KAWAL NAFSU MAKAN. Bila kita dalam proses diet (nak kuruskan badan) nafsu makan adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal . Maklumlah menu kita hanya makanan yang direbus dan sup serta makanan yang kurang minyak. Kuantiti nasi pula hanya satu mangkuk sup kecil yang hanya diambil seminggu sekali. hari yang selebihnya lebih kepada salad sayur, buah-buahan dan  menu makanan yang kurang kandungan karbohidrat. Tapi untuk dapatkan susuk tubuh yang langsing dan menawan perlu ada pengorbanan. Apa yang penting segalanya dilakukan dengan tekad dan sabar, pasti hasilnya akan buat anda tersenyum panjang.

CREDIT TO: NOR HASMAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top